Singapura – Sering kali apabila membeli burger di tepi jalan atau di restoran, ramai yang akan terus makan burger tanpa melihat isi di dalam burger itu dahulu bukan?
Tetapi, adalah lebih baik untuk meneliti dahulu segala makanan yang anda mahu makan dan masukkan ke dalam mulut. Segala makanan yang berbahaya dan kotor yang telah dimasukkan ke dalam perut anda boleh memberi kesan yang buruk pada diri anda.
Seorang wanita menerusi akaun facebook menggunakan nama Noor Nazera telah memuatnaik gambar dan video menunjukkan sekeping daging burger yang telah dibelinya telah dipenuhi dengan ratusan ulat.
Lebih menjijikkan wanita itu hampir memberikan burger yang dipenuhi ulat itu pada anaknya tetapi mengambil keputusan untuk melihat isi dalam buger itu dahulu untuk menambahkan ‘cheese’.
Apabila membuka isi dalam burger itu, Nazera telah melihat ratusan ulat yang masih hidup dan bergerak-gerak di lapisan daging burger itu.
Nazera mendakwa bapa mertuanya telah membeli empat burger, enam currypuff, satu nasi lemak dan satu acar buah di kedai melayu di Houngang Central Bus Interchange. Burger yang dibeli oleh bapa mertuanya itu telah siap dibungkus.
Video dan gambar itu telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Terdapat segelintir pihak mendakwa Nazera cuba untuk menfintah perniaga terbabit dan mencari publisiti murahan. Tetapi, Nazera telah menafikan perkara itu dan menyifatkan dia tidak akan mengviralkan perkara yang tidak benar.
“Saya telah menghantar aduan pada Natianol Environment Agency (NEA) di laman web rasmi mereka, saya tahu apa kesan yang akan saya dapat jika laporkan berita palsu” tulisnya. –MissA/UtaraNews.com