Safiey Ilias merupakan pengasas produk kosmetik yang berjaya dan sudah bergelar jutawan. Walaupun masih di usia belasan tahun, Safiey telah berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Tetapi, Safiey telah menjadi topik hangat diperkatakan oleh netizen apabila Safiey mendedahkan dirinya ingin berhijrah daripada ‘mak nyak’ kepada lelaki semula.
Walaupun pada mulanya perkara itu telah diterima baik oleh netizen, namun masih ada lagi mulut-mulut yang mempertikaikan ‘penghijrahan’ Safiey itu dan mendakwa Safiey berhijrah hanya kerana mahu mencari publisiti murahan untuk melariskan produk kosmetiknya.
Di akaun Instagram, Safiey dilihat telah memuatnaik luahan atas dugaan dan kecewa dengan sesetengah pihak mempertikaikan sama ada Safiey betul-betul sudah insaf untuk kembali menjadi lelaki atau tidak.
Apabila melihat dari segi luaran, Safiey dilihat banyak menyerupai wajah perempuan. Setiap apa yang dipakai oleh Safiey sering dipertikaikan kerana masih menyerupai seperti perempuan.
Safiey meminta semua pihak untuk tidak menyamakan dirinya dengan ‘mak nyah’ lain yang berhijrah. Ini kerana wajah dan badannya sudah hampir sepenuhnya sudah ‘dibedah’ untuk kelihatan seperti perempuan. Apabila sudah berhijrah untuk menjadi lelaki semula, bentuk wajah dan badan perempuannya memang tidak dapat dibuang.
“Awak, jangan samakan muka saya dengan muka pondan-pondan lain yg berhijrah. Saya ni dh hampir fully reno muka dan badan saya. Dan dah bedah buang jugak beberapa part yg boleh dibuang, tapi tetap akan ada bentuk yg lama sebab kalau buang silikon2 di wajah ni 30% je mampu buang.
“Kalau suruh beberapa maknyah lain yg dh reno tu botak pun, muka tetap nampak perempuan. Sebab memang dh direno. Tapi yg dh reno, reno lah . “Allah dh bagi rasa nikmat reno muka tu dulu. Tapi Allah lagi sayang dia bagi pula hidayah.
“Jangan samakan sesekali muka saya dgn muka hakak2 tak reno. Yg tu mmg dh muka lelaki cuma rambut je panjang . Kalau botak, keluar la muka mat rempit. tulisnya.
Malah, Safiey mendedahkan terpaksa masuk tandas ‘OKU” kerana takut untuk masuk tandas lelaki. Safiey takut lelaki-lelaki di dalam tandas itu salah faham menyangkakan Safiey sebagai perempuan telah tersalah masuk tandas lelaki.
Safiey menjelaskan setiap ‘penghijrahan’ itu biar berubah pada hati dan ibadah. Tidak bermakna ‘mak nyah’ masih berwajah perempuan itu menandakan ‘mak nyak’ itu sebenarnya masih tidak mahu berubah menjadi lelaki.
Tidak mahu terus dibelenggu dengan kritikan dan cakap-cakap manusia yang tidak akan pernah berhenti mengkritik. Safiey mengambil keputusan untuk terus menjadi diri sendiri dan tidak menghiraukan segala kritikan. -MissA/UtaraNews.com