Orang Malaysia Yang Tolak Proton Patut Malu Dengan Rakyat Turki

Jika di Malaysia ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli kenderaan buatan luar negara, tetapi lain pula bagi penduduk warga Turki apabila mereka lebih memilih untuk membeli dan menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai kereta mereka.
Di Malaysia, ramai anak muda lebih suka memilih kereta buatan luar negara seperti Toyota Vios, Honda City dan seangkatan dengannya.
Orang Malaysia Yang Tolak Proton Patut Malu Dengan Rakyat Turki
Orang Malaysia juga sanggup membeli kereta buatan luar walaupun harganya terbukti lebih mahal berbanding kereta buatan Malaysia iaitu Proton.
Sebenarnya, orang Malaysia patut malu pada rakyat Turki yang mengguna dan membeli kereta Proton. Ramai rakyat Turki membeli dan menggunakan kenderaan Proton sebagai tanda sokongan mereka pada kenderaan keluaran sebuah negara Islam. Selain itu, faktor lain ialah harga Proton yang murah dan setimpal dengan prestasinya.
Orang Malaysia Yang Tolak Proton Patut Malu Dengan Rakyat Turki
Seorang pelajar Malaysia di Turki Muhammad Nur Rhaqib Shaker mendedahkan bukan sahaja membeli dan memiliki kereta buatan Malaysia. Malah Kelab Proton Turki juga telah ditubuhkan untuk menghimpunkan semua warga Turki yang memiliki kereta Proton.
“Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
“Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta Proton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya,” tulis Muhamad.
Apa lagi alasan rakyat Malaysia yang tidak menggunakan dan membeli kereta buatan Malaysia? Sedangkan rakyat luar mengagung-agungkan kereta buatan Malaysia tetapi malangnya rakyat negara ini sendiri lebih suka membeli dan menggunakan kereta buatan luar.
Seorang lagi pemuda Turki Hami Akyuz mendedahkan dia adalah peminat tegar kereta jenama Proton. Malah dia juga telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton semenjak 8 tahun. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...