Isteri .., Tidak Perlu Risau Jika Ditinggalkan Suami

Pentingnya seseorang wanita bergelar isteri untuk mempunyai pendapatan sendiri atau bekerja, menjadi isteri jangan biarkan diri terlalu mengharapkan duit dari suami.
Ini kerana banyak kes-kes isteri dianiaya sama ada dari suami atau keluarga suami. Apabila isteri tidak mempunyai pendapatan atau kerja. Ramai isteri apabila ditinggalkan suami terpaksa hidup susah menanggung anak-anak seorang diri, sudahlah tidak bekerja bagaimana mahu menanggung anak-anak yang masih kecil.
Isteri .., Tidak Perlu Risau Jika Ditinggalkan Suami
Seorang wanita berkongsi nasib ditinggalkan suami hampir sebulan tanpa memberikan sebarang nafkah. Anak-anak ditinggalkan dan wanita ini yang tidak bekerja terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil tanpa mempunyai pendapatan sendiri.
Akhirnya ayah wanita ini terpaksa menggalas tanggungjawab suaminya dan menampung hidup wanita ini dan anak-anaknya. Mahu atau tidak wanita ini terpaksa menumpang di rumah ayahnya. Segala perbelanjaan keluarganya dan anak-anak, ayahnya juga tanggung, sudahlah hanya mengharapkan duit pencen. Wanita ini akui berasa sedih dan kasihan pada ayahnya terpaksa menanggung mereka.
“Suami saya dah tinggalkan saya dan anak-anak selama sebulan lebih tanpa sebarang pesanan dan sesen pon nafkah. Ini bukanlah kali pertama suami tinggalkan saya dan anak-anak. Tetapi sudah banyak kali, mungkin dulu saya maafkan dia dan bagi peluang sebab saya ingat dia nak berubah. Lagi pun masa tuh anak-anak kami masih kecil lagi. Tapi sehingga hari ini ternyata suami saya masih tidak berubah juga.
“Setiap kali suami saya buat hal, mesti ayah saya yang kena tanggung jalankan tanggungjawab dia. Saya betul-betul malu dan rasa bersalah dengan ayah saya. Sebab ayah saya bukanlah orang berada yang mampu untuk menanggung saya dan anak-anak. Dia pon mengharapkan duit pencen dia sahaja untuk meneruskan hidup. Ayah saya juga masih ada 2 orang anak kecil yang perlu dia tanggung. Parent in law pula tak nak ambik tau hal nih. Sebabnya saya bukanlah menantu pilihan mereka,” tulisnya.
Wanita ini juga mempunyai penyakit meroyan selepas melahirkan anak bongsu pada tahun 2013. Setiap hari ada sahaja bisikan yang mengatakan dirinya sudah hendak mati. Wanita ini risau jika apa-apa berlaku pada dirinya apa akan terjadi pada anak-anaknya. Wanita ini berharap dapat mencari kerja dan mahu hidup tanpa suami dan membesarkan anak-anaknya sendiri.
“Saya betul-betul nak berkerja cari duit untuk move on tanpa suami dan besarkan anak saya sendiri. Sebab saya dah buat keputusan untuk mohon cerai fasakh daripada dia. Saya nak jadi independent dan dah tak nak mengharapkan suami dan menyusahkan ayah saya lagi.
“Sabab ayah saya dah tua, lagi pun saya dah apply macam-macam job vacancy but still belum ada rezeki saya lagi. Ada tak sesiapa yg tau dimana-mana yang ada jawatan kosong sebagai kerani di kawasan JB?,” tulisnya.
Sementara itu, netizen merasakan perkara yang dilalui oleh wanita ini perlu dijadikan pengajaran supaya setiap wanita perlu mempunyai pendapatan sendiri. Walaupun ditinggalkan suami, wanita masih boleh bangun dan membesarkan anak-anak tanpa bantuan suami.
Setiap wanita perlu bersedia kiri kanan atas bawah dari segala kemungkinan. Esok atau lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi, kita boleh tawakal pada Allah tetapi tawakal sahaja tidak mengcukupi. -MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...