Dadah adalah bahan terlarang yang amat berbahaya sekali, tersilap langkah memang agak sukar untuk kembali semula. Sebolehnya janganlah anda cuba-cuba untuk mendekati dadah.
Wanita ini berkongsi mendapat seorang suami yang penyayang dan tidak pernah naik tangan padanya dan anak tetapi suaminya suka mengambil ‘dadah’. Dadah jenis syabu sering kali diambil oleh suaminya alasan mengambil dadah adalah kerana suami selalu melakukan kerja-kerja berat.
“Usia perkahwinan kami sudah empat tahun. Masalah saya ialah saya ada masalah suami yang mengambil bahan terlarang (syabu), berkali-kali saya sudah suarakan yang saya tidak suka perangai dia macam tu, cara baik saya bincang pun saya dah cuba dengan dia, tapi tetap sama juga.
“Cara jahat pun saya dah cuba, ugut untuk ceraikan dia selagi dia masih bergelumang dengan dadah,tapi dia tidak endahkan. Walaupun begitu, suami saya ada mengatakan yang dia hanya mengambil bahan terlarang itu hanya sebulan sekali dengan alasan kerana terlalu letih bekerja (kerja berat), memang saya tidak nafikan suami saya seorang yang penyayang, rajin, bertanggungjawab,gaji tiap-tiap bulan dia berikan pada saya,”tulisnya.
Banyak cara yang telah di usahakan wanita ini untuk menghentikan suaminya dari mengambil bahan terlarang itu tetapi semua usaha yang dilakukan wanita itu gagal.
Pernah wanita ini mengajak suaminya pergi AADK untuk mendapatkan kaunseling tetapi suami tidak mahu. Suaminya mula mengambil barang terlarang itu sejak tahun lepas lagi.
“Saya sangat sayangkan dia, anak kami pula tidak boleh berjauhan dengan dia. Anak pula manja sangat dengan dia, sikit pun tidak boleh berenggang dengan dia sebab dia pandai ambik hati anak seperti belikan mainan setiap hujung bulan, bawa balik roti atau snek ringan tiap kali dia pulang dari kerja, bawa jalan-jalan tiap kali ada kelapangan.
“Tolong saya macam mana nak selesaikan masalah ni. Saya betul-betul buntu sekarang ni,” tulisnya.
Seeloknya berbaliklah semula pada agama, bawa suami untuk lebih mendalami agama. Berdoa dan tawakal semoga Allah membuka pintu hati suami untuk tidak lagi mendekati bahan terlarang itu. -MissA/UtaraNews.com