MACHANG — Seorang remaja 14 tahun terpaksa menyerahkan tubuhnya berulang kali setelah sering dipukul dan diugut dengan parang.
Sejak kejadian lima bulan lalu, mangsa dirogol teman lelaki yang berumur 20 tahun termasuk di rumahnya sendiri, lapor Harian Metro.
Mangsa tidak mendedahkan kejadian itu sehingga pada minggu lalu, dia ditanya kakaknya yang menyedari remaja itu menjadi pendiam dan melihat kesan lebam-lebam di badan.
“Bimbang dengan keselamatannya, mangsa terpaksa menyerahkan kehormatan kepada teman lelakinya.
“Mangsa tidak berani melaporkan kejadian itu kerana takut dicederakan suspek,” kata satu sumber kepada akhbar itu.
Polis merekod keterangan mangsa sebelum diperiksa di hospital, namun suspek belum berjaya diberkas, kata ketua polis Machang DSP Dzulkifli Ab Ghani.