Singapura – ‘Syaitan bertopengkan manusia”, manusia seperti ini sanggup melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusian pada kanak-kanak kecil yang tidak bersalah.
Itulah yang perlu dilalui oleh beberapa kanak-kanak taska yang telah diseksa oleh pengasuh mereka. Sudahlah dibayar gaji oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk menjaga anak mereka dengan baik.
Tapi, lain pula yang dilakukan pengasuh terhadap kanak-kanak terbabit. Bukan sahaja didera secara mental, malah fizikal mereka juga didera apabila di suruh tidur di atas simen dan makan najis sendiri.
Perbuatan kejam pengasuh taska di Jalan Mutiara itu terbongkar apabila akaun WeChat bernama Singapore Tong telah memuat naik beberapa keping gambar kanak-kanak tersebut yang telah menjadi mangsa dera dan kekejaman pengasuh.
Bukan sahaja disuruh makan najis sendiri jika kanak-kanak itu berak di dalam seluar. Mereka juga akan dipaksa makan sampah dan buah-buahan yang sudah busuk oleh pengasuh.
Bagaimanapun, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Early Childhood Development Agency (ECDA) berkata, pihaknya telah menerima aduan penderaan kanak-kanak itu berserta dengan gambar.
Pihaknya mengambil serius perkara ini dan akan menyiasat pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.
Apapun, rata-rata netizen merasakan ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang anak-anak mereka setiap kali memilih taska bagi menghantar anak-anak mereka. Sentiasa melihat reaksi yang ditunjukkan anak mereka. Kanak-kanak kecil tidak pandai untuk menipu, ibu bapa perlu sentiasa bertanya aktiviti yang dilakukan anak-anak di taska untuk mengelakkan anak-anak menjadi mangsa dera. MissA/UtaraNews.com