Anak Murid Gagal Kerana Guru kerap Berputus Asa

Memegang jawatan dan gelaran seorang guru bukanlah mudah, orang lain pasti berfikir tugas seorang guru yang perlu mengajar pelajar sahaja. Tetapi, ramai yang tidak tahu besar tanggungjawab yang digalas seorang guru.
Seorang guru perlu mengajar pelajar mereka supaya mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna di masa depan. Namun begitu, bukan mudah untuk guru mengajar semua pelajar terutamanya pelajar yang keras kepala.
Seorang guru telah berceritakan pengalamannya mengajar pelajar yang keras kepala pada tahun 2014. Guru yang menggunakan akaun Twitter Encikgu telah ditugaskan mengajar pelajar dari kelas yang paling belakang.
Anak Murid Gagal Kerana Guru kerap Berputus Asa
Disebabkan kedegilan dan keras kepala pelajar di kelas belakang ini ramai guru yang berputus asa untuk mengajar mereka. Encikgu telah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu untuk mengubah sikap pelajar itu.
Cara didikan yang telah dilakukan oleh Encikgu adalah mendidik pelajar itu dengan ‘merotan’. Ramai yang menyangka Encikgu akan merotan pelajar itu jika gagal dalam ujian atau tidak mendengar cakap. Tapi sangkaan itu meleset apabila Encikgu tidak merotan murid-muridnya sebaliknya Encikgu ‘merotan’ dirinya sendiri.
Di saat rotan dibidas di peha Encikgu, ramai pelajar yang terkejut. Ada juga antara pelajar di situ yang menangis. Selesai merotan betisnya Encikgu berkata kepada pelajar-pelajarnya bahawa yang menyebabkan mereka gagal adalah kerana guru yang berputus asa.
“Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa. Jadi layaklah saya yang kena rotan. Kalau guru kamu tak rajin macam mana kamu nak jadikan dia contoh.
“Aku pun keluar, sampai bilik guru memang dah lebam nasib baik ada minyak angin,” tulisnya.
Anak Murid Gagal Kerana Guru kerap Berputus Asa
Permainan psikologi yang dilakukan oleh Enikgu nampaknya telah berjaya membuatkan pelajar-pelajarnya berubah. Pelajar-pelajar itu mula berubah sikap dan menjadi semakin baik.
Setiap manusia itu pasti terselit di dalam hati mereka perasaan kasih sayang. Tidak perlu menggunakan kekerasan dalam menegur dan mendidik. Sesungguhnya pendekatan halus yang digunakan untuk mendidik seseorang insan adalah lebih baik dari menggunakan kekerasan. Mendidik dengan menggunakan kekerasan akan membuatkan pelajar akan memberontak. MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...