Pulau Pinang- Seorang pelanggan ‘hilang selera makan’ selepas menjumpai lebih dari satu ulat yang masih hidup di dalam roti sardin yang dibelinya.
Menurut status dan foto yang di muat naik oleh Kenny Ooi di laman facebook. Kenny telah membeli roti sardin itu dari sebuah kedai serbaneka.
Dalam video yang dimuatnaik Kenny, beliau menunjukkan dengan jelas keadaan roti sardin tersebut yang berulat dan masih bergerak.
Lebih teruk, beliau hanya menyedari kewujudan ulat di dalam roti sardin tersebut selepas menggigit hampir separuh roti itu.
Terdapat sekurang-kurangnya 2,3 ekor ulat dalam roti sardin itu membuatkan dia rasa betul-betul mual seperti mahu muntah semula.
“Saya sudah makan separuh dari roti ini, sangat menjijikkan. Untuk mengingatkan semua orang bahawa apa sahaja makanan, kita perlu memberi perhatian dari semasa ke semasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun telah membawa roti sardin berulat itu ke kedai serbaneka itu dan memaklumkan pada pihak pengurusan kedai itu dan telah diberi ganti rugi.
Sementara itu, pihak berkenaan masih tidak memberikan sebarang respon tentang roti berulat itu.
Namun ada pihak merasa Kenny cuba untuk mensabotaj imej syarikat pengeluar sardin tersebut.
Tetapi, Kenny tampil menafikan dirinya mahu mensabotaj dan minta semua pihak untuk lebih berhati-hati apabila membeli makanan segera. MissA/UtaraNews.com