Kerap kali menjadi topik hangat yang dibualkan apabila mendapat tahu pasangan curang serta apa yang perlu dilakukan apabila mendapat tahu pasangan curang?
Mulut-mulut jahat akan mula menghasut untuk menyuruh pasangan juga curang dengan pasangan mereka. Perkara ini sering dilakukan kerana mahu pasangan merasai sendiri ‘sakit’ apabila mendapat tahu pasangan telah curang dengan lelaki atau wanita lain.
Namun, keadah ini dilihat seperti tidak ada penyakit tapi mahu mencari penyakit. Seorang lelaki telah berkongsikan tip untuk menangani masalah apabila mendapat pasangan yang curang.
“Banyak yang inbox menanyakan tentang suami yang curang. Jawapan dan tips yang aku mampu bagi sebagai suami dan lelaki yang gagah perkasa, banyakkan muhasabah diri, perbetulkan hubungan dengan Allah dan banyakkan bertaubat. Jangan biarkan perangai suami mengubah kau dari wanita solehah kepada sebaliknya.
“Hati manusia dalam genggaman Allah. Lihat anak-anak dan fokus didik ahli syurga di rumah dan segala tenaga jangan dibazirkan dengan sakit hati, marah dan dendam. Bagi kasih sayang kepada semua mahkluk Allah in Shaa Allah kasih sayang kita dapat. Hentikan pergaduhan, sebab setelah bertahun buat benda yang sama so hasilnya pasti sama, pandai-pandailah atur strategi,” ujarnya.
Setiap perbuatan jahat tidak perlu dibalas dengan perbuatan jahat untuk menyedarkan pasangan. Berbalik semula hubungan dengan Allah, mengadu pada Allah, hanya Allah yang dapat membantu hamba.
Tidak perlu mencari lelaki atau wanita di dan melakukan perbuatan curang kerana perbuatan itu tidak akan memulihkan semula hubungan rumah tangga anda. –MissA/UtaraNews.com