Umpan wanita seksi untuk kutip hutang

Jika dahulu cara kekerasan digunakan sindiket pinjaman wang haram atau ah long termasuk menyimbah cat merah dan mengugut, kini taktik baru menggunakan wanita seksi sebagai umpan untuk mengutip hutang.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA mendakwa, menghantar wanita berpakaian menjolok mata ke tempat kerja peminjam itu semakin banyak digunakan sejak dua hingga tiga tahun lalu.
Umpan wanita seksi untuk kutip hutang
“Apa yang rakan sekerja atau majikan anda fikir apabila mereka melihat perempuan muda memakai skirt pendek menunggu anda di pejabat atau ruang menunggu untuk berjumpa anda?” kata Datuk Micheal Chong seperti dilapor New Straits Times.
“Ia amat memalukan walaupun mereka kata mereka dari agensi kutip hutang. Lebih teruk mereka menghantar wanita yang berlainan setiap hari dan menyebabkan yang lain mengesyaki peminjam ada satu atau lebih perempuan simpanan.”
Katanya beberapa wanita diupah ah long untuk melakukan kerja kotor yang dianggapnya strategi bijak sehingga memaksa peminjam membayar segera hutang kerana bimbang ia menjatuhkan air muka mereka.
Beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun lepas sahaja, pihaknya mendapat sebanyak 639 aduan mengenai kegiatan ah long yang membabitkan wang berjumlah RM59 juta.
Previous
Next Post »
loading...