Johor Bharu- Sebelum ini kecoh di media sosial tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’. Ramai lelaki yang sanggup beratur panjang apabila penjual ‘Nasi Lemak Anak Dara’ adalah seorang anak dara yang cantik.
Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Razlinda Rohaizad pula menjadi bualan hangat netizen. Semua ini gara-gara Razlinda memiliki rupa paras yang cantik malah Razlinda juga pandai memasak asam pedas yang enak.
Razlina mula menjadi bualan hangat apabila fotonya sedang memasak di Restoran Dapur Kak Poo telah tular di laman facebook.
Tidak lama selepas foto itu tular pemilik restoran akui telah menerima ramai pelanggan yang datang ke restoran hanya kerana mahu melihat Razlinda masak di dapur.
Pemilik restoran yang dikenali sebagai Faizal Musa Kuti akui Raslinda memang pandai memasak punca utama dia telah memilih rakannya itu menjadi tukang masak. Malah, menafikan dakwaan mahu ‘menjual’ rupa paras Razlinda untuk menarik perhatian orang ramai.
“Kami tidak pernah berniat cuba ‘menjual’ paras rupanya. Dalam tempoh dua minggu beroperasi, kami bersyukur kerana gerai dikunjungi lebih 50 pelanggan setiap hari.
“Semuanya kuasa media sosial kerana selepas berita gerai makan kami tular, kami tidak menang tangan melayan pelanggan. Malah, sejak gambar Razlinda memasak tular di Facebook (FB), gerai itu semakin dikenali ramai,” akuinya.
Difahamkan Razlinda juga masih lagi bujang tetapi wanita itu mahu berjaya sebagai usahawan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin. MissA/UtaraNews.com