‘Makanan Hipster’ itulah makanan yang akan mendapat permintaan ramai. Walaupun nampak pelik tapi ramai orang yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan yang dikatakan ‘hipster’.
Jika sebut ‘hipster’ sahaja mesti akan dikaitkan dengan ‘cheese’, warna-warni, dan unik. Kalau nak jadikan makanan itu hipster mesti adalah salah satu dari tiga ciri-ciri ini.
Dahulu rakyat Malaysia telah disajikan dengan aiskrim pasu, pisang goreng cheese, makanan warna-warni. Terbaru, ramai peniaga yang cuba menggabungkan makanan tradisional untuk menjadi makanan ‘hipster’ untuk menarik ramai pelanggan.
Walaupun nampak pelik, jika makanan itu nampak ‘hipster’ ramai pelanggan yang akan membeli. Menerusi laman sosial, tular ‘aiskrim nasi lemak’ sudah mula di jual di Malaysia. Ais krim yang dicampurkan dengan nasi lemak.
Nasi lemak terdiri dari nasi, telur rebus, ikan bilis, kacang tanah, dan timun. ‘Aiskrim Nasi Lemak’ ini telah diolah dengan mencampurkan ais krim dengan bahan-bahan terdapat dalam nasi lemak.
Ada yang sanggup mencuba dan merasai ‘Ais krim Nasi Lemak’ ini? Di mana lokasi ‘Ais Krim Nasi Lemak’ ini telah mula di jual tidak dapat dipastikan.
Namun bagitu, rata-rata netizen dilihat telah mula mengkritik ‘Ais Krim Nasi Lemak’ ini yang dikatakan agak jijik untuk dimakan. Tidak perlu merosakkan makanan tradisional Melayu dengan menambah bahan-bahan pelik hanya untuk melariskan perniagaan. –MissA/UtaraNews.com