Ruhainies Seorang ‘Playgirl’

Pelakon Ruhainies semakin dikenali ramai apabila namanya terpalit dengan rumah tangga penyanyi Adira.
Ruhainies dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Adira apabila beberapa keping gambarnya ‘berdating’ dengan suami Adira, Dato Red telah tersebar.
Namun, Ruhainies telah menafikan dakwaan itu dan memaklumkan berjumpa Dato Red atas urusan kerja. Terkini, pelakon itu telah dilabel seorang ‘Playgirl’ apabila sering kali dilihat bertukar-tukar pasangan.
Ruhainies Seorang ‘Playgirl’
Sebelum ini, Ruhinies juga pernah dikaitkan sedang bercinta dengan pelakon Azrel Ismail. Terbaharu, Ruhainies telah dikaitkan bercinta dengan pelakon baru Asyraf Aley pula apabila sering dilihat bermesra dengan pelakon itu.
Tidak mahu terus dilabel sebagai seorang ‘Playgirl’ Ruhainies telah tampil menafikan dakwaan itu.
“Saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana pelakon. Sebelum ini orang gosipkan saya dengan Azrel Ismail, sekarang Asyraf Aley pula.
“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mahu memberi fokus kepada cinta. Lagipun jadual saya padat, mana ada masa nak bercinta,” katanya.
Sikap mesra dan terlalu manja dengan semua rakan lelaki yang dikenalinya membuatkan banyak pihak yang salah anggap Ruhainies sedang menjalinkan hubungan cinta. –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...