Aplikasi Jadi Lubuk Seks

Kerap kali rakyat Malaysia pasti akan ‘disajikan’ dengan berita remaja perempuan bawah umur menjadi mangsa ‘seks’ atau rogol kenalan lelaki menerusi applikasi sosial.
Malah, ada antara applikasi sosial telah dijadikan lubuk ‘seks’ oleh sesetengah individu. Applikasi sosial ini dijadikan tempat untuk pemuas nafsu, dengan hanya bermodalkan kata-kata dan janji manis, ramai remaja yang terjebak dan terlibat dengan gelaja seks bebas.
Aplikasi Jadi Lubuk Seks
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata, pada tahun 2015 sahaja 138 daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui applikasi WeChat.
“Ia diikuti berkenalan di Facebook sebanyak 35 kes, WhatsApp enam kes manakala selebihnya BeeTalk,” katanya.
Menerusi temu bual bersama beberapa netizen juga mengakui applikasi sosial ini banyak membawa keburukan pada genarasi muda untuk lebih mudah terlibat dengan lembah kehinaan ini.
Genarasi muda mudah terjebak dan terpengaruh ke dalam lubuk seks ini kerana mereka mudah leka dengan nikmat dunia. Ibu bapa juga memberi peranan penting untuk memantau anak-anak yang menggunakan applikasi sosial.
Wajarkah applikasi sosial ini diharamkan di Malaysia? Relakan anda untuk melihat anak bangsa dan negara terus hanyut dengan gelaja seks bebas ini? –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...