Pelakon, Hanez Suraya, 32, telah menjadi bualan hangat netizen bila ada dakwaan Hanez telah memfailkan cerai pada suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais.
Menerusi akaun Instagramnya Hanez berkata perkahwinannya dan Romie masih bahagia dan menafikan mereka akan bercerai.
“Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan.
“Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu,” katanya.
Terdahulu, laporan mendedahkan Hanez telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah terhadap suaminya, Romie.
Hanez tidak hadir ke mahkamah tetapi telah mewakilkan peguamnya.
Pihak media cuba untuk mendapatkan kenyataan dari Hanez tetapi pelakon itu mengambil langkah untuk berdiam diri.
Namun begitu, Hanez mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang telah menyokongnya dan peminat yang sentiasa memberi kata-kata semangat. Malah, Hanez juga meminta semua pihak mendoakan yang sebaik untuk keluarganya. –MissA/UtaraNews.com