Gaji RM5,000 Masih ‘Miskin’ Di Kuala Lumpur

Berpendapatan RM5,000 mungkin akan disifatkan oleh orang lain sebagai seseorang yang hidup dalam kemewahan. Namun, ‘mewah’ itu hanya dibibir sahaja kerana kehidupan mewah itu tidak dapat dirasai oleh mereka yang berkeluarga yang tinggi di kota raya Kuala Lumpur.
Realiti sebenar kehidupan yang dikata orang kota hidup mewah hanya yang menanggung tahu betapa peritnya hidup di Kuala Lumpur dengan pendapat RM5,000.
Gaji RM5,000 Masih ‘Miskin’ Di Kuala Lumpur
Dua orang lelaki telah berkongsikan perit hidup di kota raya walaupun mempunyai pendapatan yang disifatkan tinggi dan boleh hidup mewah. Luahan rasa dua lelaki ini tentang kesukaran menguruskan kewangan demi kelangsung hidup.
Seorang peniaga makanan, Muhammad Aidil Zailani, 23, berkata meskipun mendapat pendapatan hampir RM3,000 sebulan. Setelah menolak semua kos perbelanjaan, baki yang tinggal untuknya terus hidup hanya cukup-cukup makan.
Anak sulung dari lima beradik ini juga perlu menanggung seorang adiknya yang masih belajar untuk meringkan beban ibu bapa.
“Kalau dikira kadang-kadang memang tak cukup wang yang diperolehi, jadi terpaksa saya membuat kerja sampingan berniaga gajet alat komunikasi dan sebagainya untuk mencari wang lebih,” katanya.
Hisyam Malik,36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian selama 11 tahun bersama isternya, mengakui gaji sekadar cukup makan setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.
Setelah isterinya tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk menumpukan sepenuh perhatian pada dua anak-anaknya. Hisyam terpaksa menanggung keluarganya seorang diri.
“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.
“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.
“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.
Tidak dapat dinafikan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun dilihat gaji RM5,000 boleh hidup mewah. Namun perkara itu tidak benar sama sekali, malah ada yang bergaji besar masih belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...