Isteri Perlu Bersiap Sedia Sebelum Suami ‘Tiada’

Umum sudah mengetahui tanggungjawab seorang suami menjaga dan membimbing isteri. Disebabkan perkara ini juga isteri terlalu lepas tangan dan tidak mengambil kisah tentang ‘kerja’ suami.
Suami ini bukanlah hak kita selamanya, isteri langsung tidak terfikir apa akan jadi padanya dan anak-anak apabila suami telah ‘tiada’.
Para isteri seharusnya persiapkan diri agar boleh mengambil alih ‘kerja’ suami jika mereka telah tiada kelak. Jangan jadi seorang isteri yang kerjanya hanya ‘membelek’ muka, dah putih nak putih lagi.
Isteri Perlu Bersiap Sedia Sebelum Suami ‘Tiada’
Status seorang lelaki dikenali sebagai Abd Ghani Haron telah tular di media sosial. Status itu telah mendapat perkongsian ramai pengguna sosial apabila Abd Ghani berkongsi pengalaman bertemu dengan dua orang wanita. Seorang telah ditinggalkan suami dan seorang lagi telah diceraikan.
Seorang wanita penghujung 30-an mengunjungi rumahnya sambil menggendongkan anak kecil dan meminta bantuan pampers. Namun bantuan pampers telah habis memaksa wanita itu balik dengan tangan kosong.
Apabila, Abd Ghani minta anaknya untuk menyiasat, wanita itu telah datang ke rumah dengan kereta kancil dan ada 7 kanak-kanak di dalamnya.
“Saya menghubunginya semula di WhatsApp dan diceritakan dia ditinggal suami (menghilang) dengan anak 7 orang yang masih kecil. Hidup berniaga di depan rumah. Ada bantuan JKM dan zakat, tetapi membayar ansuran rumah RM220 sebulan. Berebut hidup antara mengurus anak sekolah, berniaga sambil menggendong anak kecil. Terakhir, ada pula yang mencuri tong gas yang diguna untuk berniaga,” tulisnya.
Seorang lagi wanita muda telah telah diceraikan suami tanpa anak. Apabila sudah bercerai wanita itu terpaksa mencari kerja di sebuah tadika untuk kelangsungan hidup.
Disebabkan tidak mempunyai apa-apa kenderaan untuk pergi ke tempat kerja. Wanita itu terpaksa meminjam wang untuk membayar wang deposit membeli motosikal untuk memudahkan ulang alik ke tempat kerja.
Abd Ghani berharap setiap wanita yang bergelar isteri menjadikan dua kisah wanita ini sebagai iktibar.Suami adalah satu rahmat dan setiap wanita perlu bersyukur kerana ada tempat bergantung.
Tetapi, ingatlah suami tidak akan selamanya ada bersama isteri dan boleh dijadikan tempat bergantung. Isteri juga harus menyiapkan diri jika berlaku perkara tidak diingini, isteri mampu hidup mendikari tanpa suami di sisi. -MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...