Orang pun lama-lama dah meluat sangat dah nak layan perangai dan kehendak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni… Makin banyak pulak karenah dia semenjak akhir-akhir ni!
Suka-suka hati je buat keputusan tanpa berbincang dengan pihak lain… Buat macam dia pulak ketua… Kalau ketua sekali pun kena dapat persetujuan dari anak buah jugak. Bukan main bedal je.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mendakwa dia dah malas layan dan tak mahu mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Nurul Izzah hanya mendakwa “Sebagai mantan perdana menteri, beliau boleh memberi kenyataan sendiri”… Itu jawapannya setelah ditanya mengenai dakwaan Mahathir yang menyebut tempoh untuk Pas berbincang dengan Pakatan Harapan telah berakhir.
Jelas ini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan langsung tidak beretuju dengan keputusan Mahathir tersebut. Malah Nurul Izzah mengkui bahawa Pakatan Harapan masih mengharapkan Pas dan tumpuan utama mereka sekarang adalah bagi memastikan usaha satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dapat dicapai.
Tak kisah apa kata Mahathir, yang penting Pakatan Harapan perlu dapatkan kerjasama Pas dan tumpukan pada satu lawan satu. Pedulikan kehendak Mahathir… Parti bunga itu beriya-iya meletakkan syarat kepada Pas… Tapi hingga kini parti Islam tu langsung tak beri sebarang jawapan.
Jelas Nurul Izzah, jika Pas berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan, maka mereka akan berada dalam Pakatan Harapan. Tetapi jika parti islam itu enggan… Apa boleh buat. Haishhh makin rumit pulak kes dorang ni kan…
Nampak macam tak sepakat je dengan Mahathir. Kehadiran Mahathir dalam Pakatan Harapan seperti membawa bala kepada mereka.-TiraGomez/Utaranews.com