Pelakon Fazura merupakan selebriti yang aktif berkongsikan aktiviti hariannya di media sosial Instagram.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, juga sering menjadi mangsa kritikan oleh netizen apabila memuat naik gambar di Instagram. Malah, Fazura juga pernah akui sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.
Sekeping foto yang dikongsikan Fazura telah menerima komen lucah dan kritikan netizen. Foto yang menunjukkan Fazura terbaring keletihan selepas melakukan aktiviti kecergasan di sebuah gym.
Merasakan tidak ada salahnya dengan foto itu nampaknya tidak disenangi oleh netizen. Terdapat komen dari golongan lelaki memberi komen lucah pada foto itu.
“Macam kena rogol pulak, gambar ini seksi terutamanya pada mata lelaki,” komen pengguna laman sosial.
Ada juga beberapa komen yang mengkritik dan menasihati Fazura untuk tidak berpakai terlalu ketat. Posisi foto yang diambil oleh Fazura itu juga menampak susuk tubuh badan Fazura dengan jelas.
Sementara itu, Fazura dilihat telah mengambil langkah memadam foto itu dari terus menjadi pendebatan antara netizen. – MissA/UtaraNews.com