ketika cuba turun dari buaian di rumahnya di Taman Sera, Padang Sera, Kodiang, kelmarin.
Lai Zheng Xiang ditemui ibunya, Narumon Pasupah, 33, warga Thailand, dalam keadaan kebiruan dan sudah tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1.15 petang.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Hadi Hassan ketika dihubungi berkata, Zheng Xiang yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui dengan lehernya masih terjerut tali pengikat puting sementara sebahagian badan dan kakinya terjuntai keluar dari buaian.
"Ketika kejadian, ibu mangsa keluar rumah untuk mengambil anak sulungnya yang berusia lima tahun dari sebuah tadika berhampiran.
"Setiba di rumah, ibu mangsa menemui bayinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan keadaan buaian masih dihenjut secara automatik sebelum membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Kodiang.
"Bagaimanapun bayi lelaki tersebut disahkan telah meninggal dunia 20 minit sebelum itu," kata Hadi.
Beliau berkata, ketika kejadian, suami mangsa, Lai Chin Fong, 39, bekerja di bengkel besi miliknya sementara dua lagi anaknya berusia tiga dan empat tahun dijaga ibunya (nenek mangsa).
"Tali pengikat puting itu yang dipakaikan pada leher mangsa dipercayai tersangkut pada kain buaian jenis jaring ketika bayi tersebut cuba turun pada ketinggian kira-kira 0.6 meter dari lantai.
"Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah menunjukkan punca kematian mangsa adalah akibat jerutan pada leher dan kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.