Kononnya kadar tol akan naik pada hujung tahun ini, laporan mengenai hal tersebut telah tersebar secara meluas di media sosial dan juga menerusi aplikasi WhatsApp. Sedangkan hal berkenaan tidak diketahui oleh Kementerian Kerja Raya. Ternyata dakwaan ini hanya mahu memberi gambaran buruk kepada kerajaan..
Ada pihak yang cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan menabur fitnah seperti itu. Mungkin pihak pro pembangkang sudah tidak ada modal untuk menuduh kerajaan dan pemimpin kerajaan, jadi kaedah propaganda ini dilakukan untuk menarik perhatian rakyat supaya membenci kerajaan.
Tidak dinafikan sebaran fitnah ini dilakukan oleh pihak yang membenci kerajaan dan pentadbiran DS Najib Razak, sehingga perkara yang tidak betul dan masih belum sahih diviralkan.
Hakikatnya apa yang diviralkan itu adalah berita lama, pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah memutarbelitkan isu dan kitar semula isu untuk menyerang kerajaan.
Sepatutnya sebelum perkara tersebut menjadi viral, ia perlu disiasat terlebih dahulu kerana ia mungkin hanya propaganda pembangkang untuk menjadikan mereka seperti hero menyelamatkan negara daripada kerakusan kerajaan sedia ada. Sedangkan mereka hanya kitar semula isu kerana makin terdesak untuk menjatuhkan kerajaan.
Laporan berkenaan juga didapati palsu kerana memetik tarikh dan hari yang salah, dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November.. Padahal tarikh tersebut jatuh pada hari Rabu. Menerusi laporan itu, sudah terbukti ia hanya direka untuk memfitnah kerajaan dan tiada kenaikan yang akan berlaku..
Kementerian Kerja Raya juga telah menegaskan sekali lagi bahawa tiada kenaikan sehingga kini, dan tiada keputusan mengenai kenaikan kadar tol. Nampaknya pembangkang cuma mahu mereka isu untuk membuatkan suasana menjelang PRU14 dalam keadaan panas, malah mahu rakyat bertindak menyebelahi mereka semasa PRU. – HanezDot/Utaranews