Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Mej (PA), Mohd Farid Ishak memberi amaran kepada 28 kawasan di sekitar Kuala Perlis yang berisiko menghadapi masalah banjir.
Kawasan tersebut berisiko banjir ekoran daripada limpahan air laut hasil daripada fenomena air pasang besar… Bukan itu sahaja, kawasan di persisiran pantai Kuala Perlis juga pastinya akan turut terjejas bermula esok hari sehingga ke Selasa.
Antara kawasan-kawasan serta kampung yang tersenarai dan berkemungkinan bakal terjejas adalah kampung (kg) Seberang Alor, Kg Seberang Tok Pi, Kg Puju, Kg Pulau Ketam, Kg Tandiap dan Kg Tengah.
Sementara itu beberapa kawasan yang turut terlibat adalah Kg Kuala Sanglang, Kg Sungai Belati, Kg Padang Keria, Kg Sungai Kurong Tengar, Kg Tanah Baru, Kg Perak, Taman Utara Jaya Fasa 1 dan 2, Taman Kuala Perlis, Kg Nelayan, Kg Pulau, Kg Sg Baru, Kg Belakang Kilang, Kg Sungai Siput, Kg Sungai Berembang, Kg Bohor Pahit dan Taman Berlian.
Tambah Mohd Farid, kawasan-kawasan ini dijangka bakal mengalami banjir kilat sekiranya berlaku laut bergelora dan angin kencang… Malah hujan yang berterusan akan mengakibatkan beberapa kawasan terjejas jika fenomena tersebut berlaku serentak.
Jadi penduduk dinasihatkan agar bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini… Jika memudaratkan, penduduk harus mengikut arahan dan segera berpindah ke pusat penempatan yang disarankan.
Walaupun fenomena air pasang yang bakal terjadi dijangka sederhana.. Tetapi langkah keselamatan awal harus diambil.. Menjelaskan perkara tersebut… Air pasang setinggi 3.5 meter dijangka melanda persisiran pantai Kuala Perlis pada esok hari, dan mampu melepasi tembok penghadang pada hari berikutnya.
Perkara tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir kilat… Jadi sebagai langkah awal beberapa penempatan telah disediakan… Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai dan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis.
Turut terlibat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khay Beng, Pejabat Kemas Kuala Perlis, SK Sungai Baru, SK Datuk Ahmad Musa dan SK Padang Keria. – TiraGomez/UtaraNews