Dato Seri Vida Cuba Raih Simpati Peminat Di Laman Instagram

Baru-baru ni kecoh bila jutawan pengasas komestik Qu Puteh, atau lebih terkenal dengan gelaran Dato Seri Vida didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah Akta Cukai Barang Perkhidmatan (GST) 2014, kerana gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai..
Miss tengok muka Dato Seri Vida semasa tiba di mahkamah, muram jer tanpa senyuman.. Tak macam kebiasaannya sentiasa ceria bila muat naik gambar atau video di laman sosialnya.. Malu lah tu bila terpalit dengan kontroversi panas macam ni! Hahaha..
Itulah lari lagi daripada tanggungjawab, bila jadi macam ni baru ada perasaan malu..
Dato Seri Vida Cuba Raih Simpati Peminat Di Laman Instagram

Dia muat naik video tu sebab cuba nak meraih simpati dari orang ramai ke?? Perlu ke sedang berdoa pun dirakam bagai?? Kalau nak berdoa tu, hanya dia dan Tuhan sudah lah.. Tak perlu lah nak menayang segalanya di laman sosial.. Tak cukup dengan menayangkan kemewahan yang dimiliki, benda macam ni pun nak tunjuk..
Gara-gara videonya tu jugak, Miss tengok ruangan komen video tersebut penuh dengan komen kritikan yang dilemparkan terhadapnya.. Miss tertarik dengan satu komen yang ditulis oleh Anis Dyana.. Apa yang dicakapkannya memang betul.. Barangan yang dijual kena GST, tapi dia pulak tak bayar GST dekat kerajaan.. Apa cer?? – MissHana/Utaranews
Previous
Next Post »
loading...