Sebelum pasangan pelakon merpati dua sejoli Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkahwin, banyak sungguh drama dorang buat.. Mana tidaknya, dalam diam-diam dorang menyemai kasih sayang tanpa diketahui orang lain..
Tup-tup dengar Sam terus nak kahwin.. Masa nak kahwin pun penuh dengan dramatik jugak untuk memperkenalkan calon isteri Sam.. Alhamdullilah, dorang dah selamat menjadi pasangan suami isteri akhirnya..
Bila dah kahwin mesti lah ramai yang menanti kehadiran orang baru dalam keluarga dorang, apalagi kalau bukan ‘junior’ SamTilla.. Miss rasa tak lama lagi bakal keluar lah junior SamTilla.. Tak percaya?? Cer korang tengok gambar Syatilla muat naik tu, nampak perutnya dah ‘buncit’ lah..
Perut tu buncit biasa atau memang dah ada isi yer?? Miss tengok macam dah ada isi jer.. Hihihi.. Gambar yang dimuat naik Syatilla menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat beliau..
Gambar tu diambil untuk photoshoot.. Tapi Miss tengok ruang komennya penuh dengan ucapan tahniah, termasuklah dari penyanyi nombor satu Malaysia, iaitu Dato Siti Nurhaliza yang turut tidak ketinggalan ucap tahniah pada Syatilla.. Nampak tak komen Dato Siti tu!
Macam mana lah agaknya Sam menjadi bapak, kan?? Dah lah anak manja mak.. Hahhaa.. Miss nak tengok jugak macam mana dia bermanja dengan anaknya nanti.. Anak dia yang manja lebih atau bapak dia.. Hahaha..
Walau apa-apa pun kita tunggu tuan badan yang sahkan benda ni dulu.. Bukannya apa, sebelum ni pun pernah ada gosip yang mengatakan dia mengandung tapi dinafikan mereka.. – MissHana/Utaranews