Kuala Lumpur: Pegawai CIMB maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat lima Menara Southern Bank, Bukit Damansara, di sini, 10.30 pagi tadi.
Mangsa, Soh Ming Sang, 48, ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bahagian belakang banggunan tujuh tingkat berkenaan.
Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala selepas diperiksa oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan anggota polis yang tiba dilokasi.
Jurucakap CIMB Bank menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian berkenaan berlaku terhadap kakitangannya.
Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa.
"Punca kejadian dan sebab kematian kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.