Kepala Batas: Dua murid lelaki dikuarantin selepas didapati tercemar merkuri daripada termometer yang jatuh dan pecah di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini, hari ini.
Komander Operasi (Hazmat) Penguasa Bomba Kanan II Zulkhuari Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.27 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.
Menurutnya, panggilan itu dibuat pembantu makmal yang menyedari ada tumpahan cecair merkuri di lantai.
"Sejurus tiba, kita mendapati ada dua murid tercemar cecair merkuri berkenaan dan mereka terpaksa dikuarantin untuk rawatan lanjut.
"Setakat ini, kita sudah mengarahkan kawasan terbabit dikosongkan dan kerja-kerja membersih sedang dijalankan," katanya.