Fouziah Gous berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan

Majlis aqiqah dan kesyukuran Muhammad Zeeshan, cahaya mata sulung Fouziah Gous, 33, dan Zhafran Md Yusof, 33, diadakan dalam majlis yang cukup meriah dengan kehadiran ramai kaum keluarga dan kenalan.

Walaupun sibuk melayan tetamu yang hadir, namun pasangan ini sudi meluangkan masa untuk berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan pada 26 November 2015.

Menurut Fouziah Gous dan Zhafran, rutin mereka kini bertukar menjadi lebih ‘adventure’. Namun mereka tetap saling bertolak ansur dan bekerjasama dalam memberikan sepenuh perhatian kepada Zeeshan.

“Sangat berbeza… sebab tak cukup tidur demi menjaga Zeeshan yang adakalanya terjaga pada waktu tengah malam.  Disebabkan entah dari mana datangnya semangat ini, pengorbanan itu memang semula jadi,” kata Fouziah.

Fouziah Gous berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan


Jelas Zhafran pula, menyedari statusnya kini bergelar sebagai ayah membuatkan dia lebih teruja dan bahagia.

“Sebagai seorang ayah, saya juga memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada isteri saya dalam penjagaan Zeeshan, walaupun saya tak boleh berikan susu.

Fouziah Gous berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan


“Sejak dikurniakan anak, saya sekarang bila waktu tengah hari akan balik makan dan menjenguk anak kemudian saya akan pergi kerja balik,” katanya.
  Fouziah Gous berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan

Selain itu, Media Hiburan sempat bertanya tentang perancangan kerjaya Fouziah Gous dalam seni hiburan.

“Ketika dalam berpantang lagi saya sudah dirisik oleh beberapa produksi untuk drama berepisod.

“Namun saya merasakan ia tidak sesuai lagi buat masa sekarang. Sebab saya mahu tumpukan 100% kepada Zeeshan.

“Saya juga sibuk menguruskan kewangan syarikat dan saya rasa biarlah semuanya sudah stabil, saya akan terima mengikut kesesuaian waktu,” ujar Fouziah.

Fouziah Gous berkongsi kehidupan mereka selepas kelahiran Zeeshan
Previous
Next Post »
loading...