Pelakon dan penyanyi berusia 32 tahun ini akui masih belum bertemu teman lelaki yang sesuai dengan dirinya. Hal ini, menjadikan Farahdhiya masih solo.
Farahdhiya atau nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin, 32, menjelaskan, ada lelaki cuba mendekati dirinya namun dia enggan untuk memberikan komitmen.
"Saya bukanlah kecewa atau takut nak bercinta. Tapi saya memang seorang yang sukar untuk jatuh cinta.
"Ini mungkin saya masih belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar menarik perhatian," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, dia tidak hiraukan jika tidak mempunyai teman lelaki, lagi pun dia sedang sibuk dengan kerjaya seni.
"Jujur saya katakan saya tidak ada teman lelaki dan sekarang saya tengah sibuk dengan kerjaya nyanyian dan lakonan. Malah, soal untuk berkahwin pun belum terfikir dan saya selesa dengan keadaan saya macam ini," terangnya.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkata, dia menerima banyak tawaran nyanyian selepas menang naib juara dalam program Gegar Vaganza 2.
Tambahnya lagi, dalam waktu terdekat ini dia bakal tampil dengan single terbaru ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon.