Neelofa anggap sampah

Baru-baru ini timbul satu gosip yang mengatakan Neelofa kini menjadi isteri ketiga seorang bekas menteri. Kontroversi itu telah mengejutkan semua pihak sehingga pelakon dan pengacara ini turut mendapat pelbagai kritikan peminat.

Dipetik menerusi laman sosial instagram milik peribadinya, Neelofa menyangkal dakwaan tersebut dan menganggap khabar angin yang tersebar itu adalah 'sampah'. Baginya dia tidak perlu terburu-buru membuat keputusan mengenai hal perkahwinan. Malah tiada sebab untuknya menyembunyikan perkara itu sekiranya betul terjadi dalam kehidupannya. Ini kerana dia mahu saat kegembiraan itu dikongsi kepada umum di mana sentiasa menyokong dan menyayanginya selama ini.

Jadi diharapkan dengan penjelasan aktres ini, tiada lagi khabar angin mengenai cerita ini dibangkitkan. 

Neelofa anggap sampah


Doakan sahaja yang terbaik buatnya dan semestinya pada usianya yang baru 26 tahun, sudah pasti pelakon ini belum lagi terdesak untuk mendirikan rumah tangga.

Previous
Next Post »
loading...