Ibu kepada pelakon yang semakin meningkat naik, Zahirah Macwilson akhirnya telah berkongsi punca keretakan rumah tangganya, yang membuatkan mereka bercerai pada 9 November lalu.
Menurut Maslinda Yusoff, seorang wanita bergelar ustazah merupakan punca rumah tangga 22 tahun yang dibina itu hancur berkecai.
Berikut merupakan tulisan Maslinda sendiri seperti yang dipetik di Instagramnya. (sila abaikan tatabahasa)
Menurut Maslinda Yusoff, seorang wanita bergelar ustazah merupakan punca rumah tangga 22 tahun yang dibina itu hancur berkecai.
Berikut merupakan tulisan Maslinda sendiri seperti yang dipetik di Instagramnya. (sila abaikan tatabahasa)
"Inilah agaknya contoh syaitan bertopengkan manusia. Seorang suri rumahtangga, isteri juga ibu kepada 2 org anak. Juga seorang ustazah yg selayaknya dihormati tetapi sebaliknya bagi ustazah yg saya maksudkan ini, melayan suami orang sehingga rumahtangga saya yg dibina 22thn lalu hancur berkecai. Saya tdk meletakkan 100% kesalahan kpd ustazah ni saja sebab saya tahu bekas suami saya pun gatal orgnya tapi saya x sangka dan x faham perempuan yg bergelar USTAZAH yg mengajar kita ke jalan ALLAH boleh berperangai begini.
Saya sudah tahu lama hubungan mereka tapi saya hanya mendiamkan diri dan x ckp apa2. Ustazah ni, sebelum kami bercerai berjanji dan bersumpah, menangis, merayu pada saya yg dia tidak akan berhubungan lg dgn bekas suami saya tapi hari ni saya dapat tahu yg mereka masih lg berhubungan. Apa yang membuatkan saya sgt marah ialah saya di tipu sekali lagi, sdh berjanji tetapi dimungkiri dan sekarang dia cuba menabur fitnah hantar gambar/message pada bapak Zahirah (bf) tanpa selidik dulu. Kenapa nak jadi batu api? Cuba nak porak perandakan hubungan anak saya Zahirah pulak.
Ustazah jenis apa ni?? X payah lah nak buat macam tu, kalau betul lah org tu jahat ALLAH ada. Satu hari nanti ALLAH sendiri akan tunjukkan seperti mana ALLAH tunjukkan pada saya hubungan sulit antara awak dan bekas suami saya ketika itu masih lagi suami saya. Kalau diorang nak buat jahat pun atleast diorang to single bukan bini ataupun laki org. Sudah2 lah tu buat dosa, awak ckp dgn saya awak dah bertaubat, x malu ke? Suami awak sibuk berkerja cari nafkah, isteri kat rumah buat benda yg bukan2. Walaupun saya kelihatan seperti saya skrg x bertudung ..rasanya saya masih tau hukum utk tdk menganggu rmhtgga org lain dan menabur fitnah kpd sesiapa pun. Oh ya..skrg ni Zainol dah single..kalau nak ambillah! Semoga semua terhibur membaca whatsapp message antara Uztazah dan bekas suami saya."
Pasangan ini mempunyai empat orang anak termasuk pelakon Zahirah MacWilson.