Angah akhiri zaman bujang

Setelah mengikat tali pertunangan pada 17 Januari lalu, pelakon dan pelawak terkenal Angah Raja Lawak memaklumkan bahawa akan mendirikan rumahtangga pada Februari depan. Dia dan tunangnya, Ameera Asyura yang dikenali dengan nama Wawa memilih  19 Februari sebagai tarikh untuk disatukan manakala majlis resepsi mereka pada 20 Februari di Melaka.

Menurut Angah, segala persiapan majlis perkahwinan diserahkan sepenuhnya kepada tunangnya dan boleh dikatakan lima puluh persen majlis itu telah ditaja oleh beberapa pihak. Majlis perkahwinan pasangan ini hanya diadakan di sebelah pihak sahaja iaitu di Melaka dan mula akan mengedarkan kad jemputan bermula Januari depan.

"Persiapan sederhana sahaja kerana majlis hanya akan diadakan di sebelah pihak sahaja iaitu di Melaka. Sudah pasti media dan peminat akan diundang dan saya akan mula mengedarkan kada bermula Januari setelah ia sudah selesai dicetak," ujarnya ketika dihubungi.

Angah akhiri zaman bujang


Setelah sembilan tahun hidup sendiri, sudah pasti banyak perbezaan hidup yang bakal dihadapi. Tetapi angah bersyukur kerana ditemukan dengan seorang gadis yang cukup memahaminya walaupun Wawa kini baru berusia 20 tahun.

"Perasaan gementar untuk bernikah itu tidak ada sangat tetapi memikirkan keadaan kehidupan setelah sembilan tahun menjadi duda. Sebelum ini tidak ada sesiapa, jadi apabila tinggal berdua sudah pasti membawa kelainan dalam hidup saya," ujarnya yang akan tinggal bersama dengan isterinya di Puchong selepas mendirikan rumah tangga.

Memandangkan bakal isterinya merupakan seorang pelajar, Angah tidak menjadikan perkara itu sebagai satu masalah walaupun sebelum ini ramai yang terkejut apabila dia memilih gadis muda sebagai isteri. Baginya segala ini adalah ketentuan Tuhan dan akan terus menyokong isterinya meneruskan pelajarannya.

"Bakal isteri masih menuntuk di UiTM Lendu, Melaka dan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, kami sudah membincangkan perkara ini. Semestinya dia perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan pelajarannya. Malah keluarganya juga mengizinkannya untuk menikah pada usia yang muda," jelas Angah dan mengaku cukup selesa dengan Wawa sepanjang perkenalan mereka sehingga membuat keputusan untuk melamar gadis tersebut sebagai bakal isterinya.
Previous
Next Post »
loading...