Kediaman mewah tersebut terletak di Sanctuary Falls, Jumeirah Golf Estates Villa, Dubai dan keseluruhan dekorasi datangnya dari idea pasangan ini sendiri. Ini kerana wanita cantik ini mahu menjadikan rumahnya yang seperti diimpikan dan tidak mustahil dia sanggup berulang alik dari India ke Dubai sejak tahun 2013 bagi melihat sejauh mana proses pembinaan rumah tersebut.
Mereka telah menggunakan khidmat pereka dalaman yang cukup profesional yang pernah digunakan oleh beberapa hotel terkemuka di Dubai.
"Kami menjangkakan mereka akan pulang ke rumah mereka pada awal tahun 2016. Ini kerana pemaju, Shaikh Holdings telah mula melakukan penyerahan kunci selasa lalu," kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.
Selain ratu cantik dunia ini, pelakon Shahrukh Khan dan Salman Khan juga memiliki hartanah di Emirate.