Konsert Wings 30 Tahun di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Selepas kejayaan besar Konsert Wings 30 Tahun yang diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu, Wings tanpa berlengah meneruskan jelajahnya dengan mengadakan Konsert Wings 30 Tahun di Dataran Bandaraya Johor Bahru  pada 25 Disember depan.

Walaupun mengikut perancangan awal, konsert di JB tersebut akan diadakan pada tahun hadapan namun oleh kerana mahu mengekalkan momentum kehangatan konsert di Kuala Lumpur, Wings menukar rencana dengan memilih tarikh yang lebih awal.

Apatah lagi, konsert Wings 30 Tahun di JB ini telah berjaya menarik Agetech iaitu produk dalam bidang kesihatan dan kecantikan sebagai penaja utama konsert.   

Menurut Joe Wings, konsert di JB akan membawakan tema 'Back To The 80's dan mereka berharap agar penonton-penonton yang hadir akan datang dengan berpakaian zaman rock era 80-an lalu.

"Kami akan cuba kembalikan zaman 80-an.  Look and feel, stage yang lebih grand, semua kita akan buat di JB.  Akan ada perubahan lagu sedikit dan persembahan artis jemputan.

"Setakat ini tiga artis telah mengesahkan untuk membuat persembahan iaitu Lan Typewriter, Aweera dan Lan Kristal untuk memulakan acara.

Konsert Wings 30 Tahun di Dataran Bandaraya Johor Bahru


"Kami harap Dataran JB sebagai sejarah penutup yang manis bagi Wings untuk tahun 2015," ujar Joe.  

Sementara Awie berharap agar dia diberi kesihatan yang baik untuk dia mengadakan persembahan di JB yang dijangka bakal menarik peminat-peminat dari Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura.

Dengan tagline #GetReadyJB, Wings menjangka konsert ini akan mendapat sambutan yang sama seperti di Kuala Lumpur.  
Previous
Next Post »
loading...