KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan tahanan reman terhadap dua suspek, sepasang adik-beradik berhubung kejadian bunuh seorang wanita yang juga ibunya, di Apartmen Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainudin Ahmad, berkata, polis masih dalam proses memohon perintah reman daripada mahkamah terhadap dua suspek yang berusia 22 dan 25 tahun itu.
"Kita sedang memohon reman terhadap dua suspek adik beradik itu bagi membantu siasatan," katanya kepada media hari ini. Dalam kejadian semalam itu, polis menemui mayat warga emas yang berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Wan Yah Wan Mat, 63, di ruang tamu tingkat 16 pangsapuri berkenaan, jam 3.05 petang.
Sementara itu, jenazah wanita itu yang dihantar bagi menjalani bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam difahamkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.