KUALA LUMPUR: Keadaan pelakon dan pelawak, Ebby Yus yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah, kerana masalah paru-paru, kini dilaporkan stabil.
Beliau yang pernah dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013) itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak empat hari lalu. Gambar Ebby di hospital turut menjadi viral di laman sosial.
Malah ada rakan artis turut memanjangkan doa di laman sosial milik mereka termasuk di laman Instagram. "Insya-Allah hari ini saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya disyaki ada masalah paru-paru tetapi semua ini belum dapat dipastikan lagi," katanya yang dihubungi BH Online pagi ini.
Ebby berkata, beliau akan mendapatkan rawatan susulan di ibu kota bagi mendapatkan kepastian mengenai kesihatannya. "Mungkin juga disebabkan keadaan jerebu sebelum ini membuatkan masalah paru-paru saya menjadi teruk," katanya ringkas.
Ebby berada di Sabah kerana membantu rakannya di University College Sabah Foundation. Ebby atau nama penuhnya Muhammad Yunus Abdul Rashid tidak pernah putus berusaha dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan demi mencari rezeki halal.
Bonet keretanya sering dipenuhi barang yang dijual seperti baju, kasut, minyak wangi dan macam-macam lagi, sebelum Ebby bergelar usahawan berjaya. Pelakon kelahiran Negeri Sembilan turut membuka restoran masakan Cina Muslim, Adam Lai di Dataran Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Malah dia pernah berniaga petai di pasar malam ketika mempunyai masa terluang, biarpun sudah bergelar pelakon dan dikenali ramai.