Jika sebut nama Fathia Latiff pasti netizen akan ingat pada isu kontroversi yang sering dilakukan oleh pelakon ‘Ariana Rose’ itu serta kecaman-kecaman yang diterimanya disebabkan oleh keterbukaannya dalam menyuarakan pendapat di Twitter.

Baru sahaja reda mengenai isu bertengkar dengan Caprice di Instagram, kini Fathia muncul semula dengan kontroversi baru apabila memuat naik satu status di Twitter mengakui yang dia adalah individu cantik yang juga bijak dan itu adalah fakta yang nyata jadi harap tiada sesiapa yang berasa cemburu.
Tweet yang seperti ‘masuk bakul angkat sendiri’ itu bagaimanapun telah menyebabkan Fathia dikecam teruk dengan netizen sehinggakan Fathia dilihat turut membalas beberapa komen yang netizen berikan kepadanya.
Malah, ada juga yang netizen yang bertidak membetulkan kesalahan tatabahasa Fathia dalam tweet-nya itu dan meminta supaya pelakon itu kembali semula ke sekolah untuk belajar tatabahasa.
Selain itu, Fathia juga turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya berhenti menghantar gambar tidak senonoh kepadanya kerana dia akan melempang individu yang menghantar gambar seperti itu kepadanya selepas ini.
Hamboi, marah betul Kak Ya sampai mahu lempang orang, harap lepas ini tiada lagi lah lelaki yang berani hantar gambar kemaluan mereka kepada Fathia. Melainkan ada yang teringin rasa penampar si cantik, Fathia Latiff. –utaranews.com