Larry Nassar, 54 tahun, mengaku bersalah di mahkamah di Lansing dekat sini, terhadap tuduhan melakukan serangan seksual ke atas remaja perempuan yang datang mendapatkan rawatan.
Dia yang pernah melalui empat Sukan Olimpik, melakukan perbuatan terkutuk itu di antara 1998 dan 2015 ketika bertugas dengan skuad gimnastik Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Michigan.
Semasa perbicaraan, Nassar memohon maaf kepada mangsanya, mengatakan: "Saya akan kenang kata-kata anda sehingga akhir hayat saya."
Hukuman ke atas Nassar dibacakan hakim Mahkamah Ingham County Circuit, Rosemarie Aquilina yang berkata: "Saya telah menandatangani sijil kematian anda."
Susulan skandal Nassar, pasukan gimnastik AS mengambil langkah keselamatan mewajibkan laporan mandatori dibuat setiap kali penderaan seksual disyaki berlaku.