Rosyam Nor terharu diberi watak Misbun Sidek

Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa terharunya kerana diberi peluang untuk membawakan watak lagenda bandminton negara iaitu Datuk Misbun Sidek di dalam filem berjudul, ‘Lee Chong Wei’.
Rosyam Nor terharu diberi watak Misbun Sidek
Filem ‘Lee Chong Wei’ itu dibuat khas untuk menceritakan mengenai kisah hidup juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan bakal ditayangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Menurut Datuk Rosyam, tawaran untuk membawakan watak Misbun Sidek itu adalah satu peluang yang tidak patut ditolak malah dia berasa terharu kerana pihak produksi telah memilihnya untuk bawa watak itu.
Namun, disebalik rasa gembira dan terharu itu, Rosyam mengakui yang dia turut bimbang kerana perlu membawa watak yang masih hidup tambahan pula, Datuk Misbun adalah idolanya dalam sukan badminton.
Tetapi, dia tetap berjanji akan lakukan yang terbaik. Malah, meskipun tidak dapat bertemu dengan Datuk Misbun tetapi Rosyam akan membuat kajian mengenai perwatakan Datuk Misbun menerusi Internet.
Betul itu, tidak dapat berjumpa tidak bererti tiada cara lain yang boleh digunakan, lagi pula, sekarang ini zaman serba moden semua boleh dapati melalui hujung jari sahaja.  Sebagai pelakon lagenda pasti Datuk Rosyam akan berjaya membawa watak Datuk Misbun itu dengan sangat baik.
Wah, terus jadi tidak sabar mahu lihat filem ini keluar di pawagam tahun hadapan. Teringat masa zaman kecil-kecil dulu mesti tak akan miss untuk tengok cerita ‘Anak-Anak Sidek’. utaranews.com
Previous
Next Post »
loading...