Altimet kena serang di AJL32

Tidak habis lagi rupanya isu Anugerah Juara Lagu 32 ini. Ingatkan semua dah boleh terima keputusan juri yang pasti mempunyai alasan kukuh mengapa beberapa lagu yang pada netizen layak masuk AJL tetapi tidak tercalon.
Altimet kena serang di AJL32
Tapi, isu ini malah menjadi bertambah besar apabila ada peminat yang terlebih agresif sehingga menyerang Altimet dan pertikaikan bagaimana lagu ‘Amboi’ yang dinyanyikannya pada malam itu berjaya masuk ke AJL 32 dan bukan lagu penyanyi kesayangan mereka.
Menurut netizen, lagu ‘Amboi’ itu hanya mengulang lirik yang sama dan ada lagu lain yang lebih baik dari lagu itu layak ke AJL 32. Malah bukan itu sahaja, peminat itu juga telah mencadangkan Altimet supaya menarik diri dari AJL 32.
Hamboi marah betul peminat itu sampai berani suruh penyanyi lain tarik diri semata-mata nak bagi penyanyi kesayangan mereka masuk AJL 32. Altimet juga tidak mendiam diri tetapi telah menulis beberapa status di Twitternya, mengatakan jika mereka itu tidak mahu dia masuk AJL, buat satu patisyen bantahan.
Adui, macam dah melalut saja, sudah-sudahlah itu, belajar terima kekalahan. Tak semestinya semua benda yang anda masuk, nama anda perlu tercalon dan perlu untuk menang. Lainlah kalau program itu mengamalkan sistem undian, pasti tanpa diragui lagi anda akan menang.
Tapi, ini juri profesional sudah putuskan yang lagu itu tidak layak, jadi tidak layaklah/ Pasti keputusan juri itu bersebab, tidak perlulah sampai kena pertikaikan kerja juri profesional yang kononnya perlu dibuat baik dahalu.  Dah nama pun juri professional sudah tentu orang yang berpengalaman dalam industri.
Lagi pula, AJL bukan pentas anugerah lagu yang biasa-biasa, jika dibandingkan lirik lagu Altimet dengan penyanyi itu, lirik lagu Altimet lebih mendalam maksudnya. Mungkin peminat itu tidak dapat mengangkap apa yang Altimet cuba sampaikan sebab rap kan laju. Jadi, bolehlah bawa diri google lirik lagu ‘Amboi’ itu.
Dari terus memperbesarkan isu kecil seperti ini sampai menampakan mentaliti kelas ke berapa itu, lebih baik tingkatkan usaha dan buktikan kemampuan dan bakat yang ada dalam diri itu. Rezeki Allah SWT itu luas yang penting jangan berhenti berusaha. utaranews.com
Previous
Next Post »
loading...