Model fotogenik yang kini bergelar aktres, Kiko Mizuhara, 26, mungkin tidak seperti model lain yang berjalan di pentas peragaan untuk label mewah.
Namun dengan karisma yang dimiliki cukup membuatkan gadis yang berketinggian 168cm ini mampu menonjol walaupun hanya melalui foto di Instagram miliknya @kikomizuhara.
Lebih mencuri perhatian baru-baru ini, gadis yang pernah dikaitkan dengan penyanyi G-Dragon ini tanpa segan silu berkongsi foto ‘menayang punggung’ di akaun sosial peribadinya itu.
Foto yang diambil di Los Angeles oleh jurugambar @monimogi itu bagaimanapun mendapat reaksi positif oleh para pengikut Kiko, ada yang kagum dengan keberanian model kacukan Jepun-Inggeris ini bahkan ramai mengangumi kerana Kiko memiliki pinggul yang cantik.
Ada juga koleksi fotonya menunjukkan dia meniarap di atas katil dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.
Dilahirkan di Dallas Texas, pemilik nama sebenar Audrie Kiko Daniel ini juga memiliki kecantikan semula jadi. Wajahnya sangat segar dan menawan meskipun tanpa solekan.