Jadi, bekas pemenang Piala Malaysia 2015 itu mengakui anak buahnya kini berdepan tugas lebih sukar pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini kerana bertandang ke laman lawan tanpa bekalan selesa.
"Saya lebih suka jika aksi ini (malam tadi) berakhir dengan kemenangan 1-0 di laman sendiri, tetapi kesilapan membuatkan kami dihukum dan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana saya tahu pemain sudah memberikan komitmen 100 peratus."Kalau mahu membicarakan mengenai kesilapan Shahrom Kalam, semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
"Apapun, keputusan ini menjadikan tugas kami lebih mencabar pada aksi kedua nanti, namun kami akan tetap berusaha habis-habisan untuk mendapatkan keputusan positif," katanya ketika ditemui selepas perlawanan, malam tadi.
Pada aksi di Stadium Perak itu, tuan rumah tergamam selepas kesilapan Shahrom dihukum JDT, apabila penyerang import Lubnan, Mohammed Ghaddar menyamakan kedudukan pada minit ke-66, sekaligus membolehkan lawan memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan.