Haid Tiada Kaitan dengan Keupayaan Wanita

Kajian tingkah laku yang diterbitkan dalam Frontier in Behavioral Neuroscinece telah mencadangkan tempoh haid tidak mempunyai persamaan yang konsisten dengan keupayaan wanita untuk membuat keputusan yang rasional, mengingati sesuatu, atau menumpukan perhatian.
Haid Tiada Kaitan dengan Keupayaan Wanita
Kajian itu telah menilai 88 orang wanita yang sedang haid dari Hanover, German dan Zurich, Switzerland.  Kajian itu telah dijalankan dalam dua kitaran, dengan kitaran pertama melibatkan semua peserta dan kitaran kedua melibatkan 68 orang peserta sebagai penilaian semula untuk menghapuskan practice effect dan peluang penemuan false-positive.
Menurut laporan Kompas.com, tiga aspek kognitif telah diuji dalam kajian ini, ia melibatkan memori kerja visuospatial, kecenderungan kognitif serta perhatian yang berbahagi.  Peserta diuji di pelbagai titik haid mereka, sampel darah telah diambil untuk menguji tahap estorgenprogesterone, dan testosterone serta diberi ujian kognitif.
Penyelidik membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat persamaan yang konsisten kepada perubahan tahap hormon wanita, terutama sekali progesterone dan estrogen serta tumpuan, memori kerja atau kecenderungan kognitif.
Meskipun penemuan di kitaran pertama menunjukkan bahawa perubahan hormon mempunyai kesan yang ketara kepada kecenderungan kognitif dan tumpuan peserta, Namun penemuan itu dibatalkan kerana ia tidak berlaku semula ketika dalam kitaran kedua.
Ketua penyelidik, Brigitte Leeners menyatakan, “Walaupun terdapat pengecualian individu, prestasi kognitif wanita secara amnya tidak tergangu oleh perubahan hormon yang berlaku ketika haid.”
Bagaimanapun, penyelidik mengakui bahawa terdapat had kepada kajian itu dan memiliki sampel yang lebih besar adalah lebih baik.
Previous
Next Post »
loading...