Sila bersyukur jika anda boleh bekerja dengan selesa dalam pejabat sambil duduk di atas kerusi mengadap komputer. Syarikat biasanya akan menyediakan kemudahan yang lengkap kepada pekerjanya supaya dapat melakukan pekerjaan dengan selesa dan cepat.
Namun, tidak kepada pekerja di Iris Ohyama dimana semua pekerja syarikat di Jepun itu dilarang untuk duduk ketika bekerja menggunakan komputer.
Menurut Rocket News, peraturan itu akan digunakan di ibu pejabat syarikat di bandar Kakuda, Miyagi Prefecture. Kemudian akan diikuti oleh pejabat-pejabat di seluruh dunia. Bawah sistem baru itu, pekerja akan berkongsi ruangan berdiri itu. Di mana setiap pekerja diberi masa maksimum 45 minit untuk menyelesaikan kerja mereka di ruangan kongsi itu.
Pengecualian akan diberikan kepada pekerja yang memerlukan masa yang lebih untuk menggunakan komputer dan juga kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan, tidak boleh berdiri terlalu lama.
Syarikat yang menjual perabot, peralatan perhiasan taman, barangan kereta, pejabat, rumah dan makanan haiwan itu menyatakan sistem yang mereka lakukan itu akan meningkatkan tumpuan, kreativiti dan kesihatan pekerja mereka.
Pekerja Iris Ohyama sudah biasa menggunakan komputer dengan berkongsi. Syarikat itu dikatakan tidak membenarkan pekerja mereka menggunakan komputer peribadi sejak dari tahun 2007. Namun, pengeluaran kerusi dari ruang kerja ini kali pertama dilakukan.