Wanita mempunyai punggung terbesar didunia

Setiap wanita pasti menginginkan bentuk badan yang ramping dan sempurna.  Namun tidak kepada Bobbi-Jo Westly, 43 tahun kerana dia lebih menginginkan pinggulnya menjadi yang berbesar di dunia.
Bobbi Jo yang berasal dari York, Pennyslvania memiliki berat badan 542 pound atau 245kg dan tidak mengendahkan amaran doktor mengenai bahaya kepada saiz badannya yang terlalu besar dan berat.
Wanita mempunyai punggung terbesar didunia
Bobbi kini mempunyai pinggul berukuran 95 inci atau 241 cm dan berharap dapat mengalahkan Mikel Ruffinelli dari Los Angeles yang mempunyai ukuran pinggul 99 inci atau 251 cm.
Usaha Bobbi itu telah mendapat sokongan penuh dari peminatnya. Bobbi juga akui yang dia takut untuk mati, namun tetap merasakan usaha yang tidak sihatnya itu adalah “sesuatu yang perlu dia lakukan”.
Bobbi yang tinggal bersama suaminya menyatakan, “Pinggul saya ini membuatkan saya istimewa. Ini adalah diri saya yang sebenar dan saya agak terkejut apabila mengetahui ada lelaki diluar sana menyukai bentuk badan saya.”
Bobbi tidak memperduli komen negatif yang diberikan orang ramai di media sosial malah dia menjadikan bentuk badannya sebagai tempat mencari wang.  Dia hanya perlu bergaya di webcam untuk mereka yang menyukai bentuk badannya dan boleh mendapat $2 ribu untuk satu jam.
“Saya mendapat pelbagai jenis hadiah dan mesej dari peminat, ada dari mereka yang mengajak saya berkahwin dan itu agak susah kerana saya sudah berkahwin”.
Namun, tidak semua perhatian yang Bobbi dapat berusur positif, segala komen-komen negatif yang diberikan kepadanya tidak diendahkan kerana dia ketahui saiz badannya memang gemuk.
Ujar Bobbi, “Apabila orang di media sosial mengatakan yang saya gemuk, saya tidak memberi sebarang jawapan kerana saya tahu saya memang gemuk.”
Berat badan Bobbi telah memberi kesan kepada badannya sehinga menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti harian.  Itu disebabkan dia yang sering kekurangan nafas walaupun hanya berjalan keluar dari bilik. Tetapi, itu semua tidak menghentikan niatnya untuk memecah rekod dunia.
“Ini adalah sesuatu yang saya perlu lakukan. Saya mahu diingati kerana sesuatu, dan saya rasa mempunyai pinggul yang terbesar adalah apa yang dimaksudkan untuk diingati.  Saya mengerti yang saya meletakkan diri saya dalam bahaya, tapi ini adalah sesuatu yang saya perlu lakukan.”
Previous
Next Post »
loading...