Emily Ratajkowski memang terkenal sebagai model yang mempunyai penampilan yang tersangat seksi. Baik renungan mata, wajah, ataupun badannya semua memberikan aura seksi dan menggoda.
Namun, siapa sangka akibat imej seksinya itu, Emily mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan sebagai model. Emily yang berusia 26 tahun itu pernah mendapat reaksi kurang menyenangkan mengenai pekerjaannya kerana terlalu seksi.
Dalam temubual bersama Harper’s Bazaar Australia, Emily yang juga seorang pelakon menyatakan ada beberapa pihak pernah menolak untuk bekerja dengannya kerana penampilannya terlalu seksi.
“Perkara seperti ini pernah terjadi kepada saya ‘Oh! Dia terlalu seksi’. Itu sama seperti anda anti-wanita, hanya kerana saya mempunyai payudara yang besar, orang tidak mahu bekerja dengan saya.”
Emily yang pernah membuat penampilan dalam music video Robin Thicke -‘Blurred Lines’ mengkritik orang yang sering mempertikaikan saiz payudara wanita. Ujarnya, “Payudara adalah aset yang membuatkan badan wanita kelihatan cantik.”
“Apa yang salah dengan payudara? Ia adalah benda feminin yang indah dan perlu dibanggakan. Siapa peduli payudara kecil atau besar, dua-dua adalah bagus. Kenapa itu perlu menjadi masalah?”
Emily sering menjadi bahan kritikan di Instagram kerana gambarnya yang seksi. Tahun lepas dia telah mencipta kontroversi apabila memuat naik gambar ‘selfie’ tanpa bra bersama Kim Kardashian.