Lembu lebih berharga dari perempuan di India

New Delhi – Jurufoto Sujatho Ghosh telah mengambarkan kebenaran lembu di India lebih berharga berbanding perempuan di dalam projek fotografinya.
Dia telah meminta pertolongan sekumpulan perempuan yang merupakan kawan dan kenalannya di India untuk membuat kempen mengenai isu ini.
Lembu lebih berharga dari perempuan di India
Mereka diminta untuk memakai topeng lembu di kepala dan kemudian dibawa untuk menangkap gambar di sekitar India.  Hasil kerja permuda yang berusia 23 tahun itu telah menjadi tular di Internet.
Menurut temu bualnya bersama BBC, Ghosh menyatakan, “Saya terganggu dengan kenyataan iaitu di negara saya lembu lebih penting daripada seorang perempuan.”
Ujar Ghosh lagi, “Sebagai buktinya, negara mengambil masa yang lama untuk menyiasat kes pemerkosaan seorang perempuan dan untuk mendakwa pelakunya. Berbanding dengan ketika negara memperjuangkan keadilan untuk seekor lembu yang diserang.”
Lembu merupakan haiwan yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu.
Namun, disebabkan oleh hak asasi seekor lembu lebih penting daripada perempuan, kezaliman terhadap kaum perempuan di India terlalu tinggi.  Statistik menunjukkan, setiap 15 minit laporan mengenai kes rogol akan diterima di India.
Tambah Ghosh lagi, “Sebelum tertuduh dijatuhi hukuman, kes rogol akan mengambil masa bertahun-tahun di mahkamah. Tetapi, jika seekor lembu disembelih, kumpulan extremist Hindu akan terus datang dan memukul pembunuh lembu itu sehingga mati.”
Previous
Next Post »
loading...