London – Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Glasgow, bermain game boleh membantu remaja mengembangkan komunikasi dan kemampuan menyesuaikan mental yang diperlukan untuk berjaya di universiti.
Menurut Scotsman, percubaan selama lapan minggu melibatkan dua kumpulan. Kumpulan yang bermain game komersial seperti aksi, fantasi dan mencabar; Borderland 2, Lara Croft and the Guardian of Light dan Reign of Terror menunjukkan peningkatan dalam komunikasi.
Selain peningkatan dalam komunikasi, kemampuan menyesuaikan mental dan akal juga meningkat. Kemampuan ini digelar sebagai ‘post graduate attributes’.
Pensyarah pengajian maklumat, Matt Bar, mengatakan, kajian ini menunjukkan kemahiran graduan yang boleh meningkat dalam masa yang pendek.
Matt Bar menjelaskan, “Permainan game yang moden memerlukan pemain untuk menyesuaikan diri dan banyak berfikir. Selain itu, pemain juga perlu mencari banyak cara untuk menyelesaikan sebuah tugas dalam satu permainan game.
Cara permainan itu direka juga mendorong pemikiran yang kritikal dan pembelajaran relektif, yang dianggap sebagai ciri-ciri yang diinginkan pada setiap graduan.