PEMANDU Grab Car ditahan selepas dipercayai
merogol wanita berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,
Serdang, kira-kira 4 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat
Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada
wanita berusia 29 tahun yang memaklumkan dirogol suspek berusia 30 tahun ketika
menggunakan perkhidmatan itu dari Petaling Jaya untuk pulang ke rumah.
"Dalam perjalanan itu, suspek dikatakan
memberhentikan kereta dipandunya di lokasi kejadian sebelum merogol mangsa.
"Mangsa yang mabuk ketika itu menyedari perbuatan
suspek, namun tidak melawan dan dihantar pulang ke rumahnya. Wanita itu
kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 3 petang,
semalam," katanya.
Megat berkata, berdasarkan laporan itu, pihaknya menahan
suspek berkenaan di Sungai Buloh kira-kira 10 malam tadi.
"Kami turut merampas pakaian digunakan suspek ketika
kejadian dan kereta miliknya untuk siasatan lanjut.
"Kes
disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaaan kerana merogol," katanya.