Bintang ninja terpacak di kepala

Hangzhou, China: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hampir maut selepas seorang pelajar secara tidak sengaja membaling bintang ninja hingga terpacak di kepalanya.
Bintang ninja terpacak di kepala
Media tempatan melaporkan, kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah sekolah di Hangzhou di wilayah Zhejiang Rabu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Wenwen itu dilaporkan sedang membuat kerja sekolah di dalam kelas sebelum terkena senjata tradisional Jepun itu.
Seorang pelajar dipercayai membaling bintang ninja itu dari luar kelas sebelum ia terbang masuk ke tingkap dan terus terpacak pada bahagian kiri kepala mangsa.

Seorang guru yang terkejut melihat keadaan Wenwen segera membawa mangsa ke Hospital Kanak-Kanak di Sekolah Perubatan Universiti Zhejiang.
Previous
Next Post »
loading...